Skip to main content

“Menteri Kerajaan Malaysia Ke Kerajaan China?” Ameer Ali Mydin Tegur Lim Guan Eng


Kecoh baru-baru ini mengenai isu Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan dalam bahasa Cina dan sekali gus menimbulkan respon negatif kepada beberapa pihak yang mendkawa bahawa menteri ini tidak mahu mempertabatkan Bahasa Kebangsaan negara.

Sebelum ini menteri kewangan ini pernah berkata mahu mempertabatkan 3 jenis bahasa termasuklah Bahasa Melayu,Inggeris dan Cina ketika memperbincangkan isu Tun Razak Exchange pada Khamis lepas.

Namun,kenyataan yang dikeluarkan di Facebook nya hanya dalam Bahasa Cina.


Isu ini telah mendapat perhatian daripada Ameer Ali Maydin iaitu Pengarah Urusan Hypermarket Mydin dengan mengeluarkan satu kenyataan bertulis.

"Segala kenyataan yang dikeluarkan di Malaysia perlulah dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dahulu dan kemudian Bahasa Inggeris,selepas itu baru lah mana-mana bahasa lain sekiranya perlu.

"Jika anda berada di London pada ketika itu saya beranggapan anda akan mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu dan setelah itu ianya perlu diterjemahkan dalam Bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa yang lain.

"Sebelum ini selama 61 tahun yang lalu tidak pernah timbul isu sebegini namu mengapa sekarang?".

 
Isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen sehinggakan timbul sedikit perbalahan.

“Kau menteri kerajaan Malaysia ke kerajaan China?” 

“Konon statement Menteri Kewangan Malaysia, tapi tak guna bahasa kebangsaan bagi semua orang faham.”

Segelintir netizen juga beranggapan ada sesetengah pihak yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa di negara kita mempunyai keperlbagaian bahasa.

 
Sehingga ke hari ini Guan Eng masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan dengan teguran Ameer Mydin terhadapnya yang mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Cina.

Namun,Guan Eng hanya memuat naik satu tweet menggunakan akuan peribadi beliau yang menyatakan akan menggunakan Bahasa Melayu dan Ingegris serta sesekali akan menulis dalam Bahasa Mandarin kepada sesiapa yang berkomunikasi dengannya.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...