Skip to main content

Ibu Pukul Anak Hingga Maut Gara-gara Curi Duit Beli Layang-Layang


INDONESIA- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai maut selepas dipukul oleh ibu kandungnya.

Mangsa (SA),8 tahun telah disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian sebaik sahaja dipukul dengan teruk oleh ibunya (MS)

Pembunuhan itu berlaku di Tempursari, Pagak, Kabupaten Malang,Indonesia,pada hari Selasa lepas namun pihak polis baru mendapat laporannya semalam.

Ianya berpunca suspek (MS) berang apabila mangsa (SA) telah mencuri wang sebanyak Rp 51.000

"Mangsa menggunakan wang sebanyak Rp 26.000 untuk membeli layang-layang."

"Sedangkan wang bakinya disimpan," kata AKP Adrian Wimbarda, Ketua Polis Malang.

Menurut pihak polis, MS memukul SA menggunakan gayung sekuat hati lalu mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak ke latai.

Hasil siasatan awal juga mendapati terdapat cecair darah keluar dari kepala mangsa akibat dari luka bekas pukulan benda tumpul.

Polis telah memeriksa empat saksi, termasuk bapa saudara mangsa dan jiran mangsa.

"Sehingga kini tidak ada maklumat rasmi dari doktor," kata Adrian.

Sememangnya suspek (MS) sering memukuli mangsa (SA).Namun, pukulan kali ini yang paling teruk dan mengakibatkan mangsa maut.

Selain itu,doktor juga mengesahkan bahawa suspek tiada pernah mengalami sebarang gangguan mentel atau mengalami tekanan yang teruk.

Melalui laporan dari jiran-jiran mangsa, suspek merupakan seorang wanita yang panas baran dan suka melepaskan kemarahannya kepada mangsa.

Jiran-jiran mengetahui kejadian itu selepas mendengar bunyi bising di rumah mangsa.

Sejurus kejadian,jiran-jiran segera ke rumahnya namun mangsa tidak dapat diselamtakan kerana telah meninggal dunia di loksi kejadian.Editor-Sofia Kirana

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...