Skip to main content

Fuzi Akan Disingkir, Rombakan Besar-Besaran Dalam PDRM.


Desas-desus berlaku rombakan besar-besaran dalam kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), apabila nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kini dikhabarkan bakal diganti.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun akan disingkir termasuk tiga jabatan sarat korupsi juga akan ditutup sebagai usaha kerajaan menghapuskan rasuah dalam sistem negara.

Tanpa menamakan sumber, akhbar The Straits Times melaporkan, sumber itu mendakwa Cawangan Khas (SB) sudah menghantar tiga nama untuk mengganti Fuzi yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September tahun lalu.

Tiga jabatan dijangka ditutup adalah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme, Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik.

Menurut sumber berkenaan, tiga jabatan itu disyaki melindungi penjenayah.

“Selain itu, ramai juga pegawai kanan akan disingkir dan akan ada gempa 8.5 skala Ritcher (dalam pasukan polis) berlaku pada Julai,” kata sumber itu.

Ditanya siapakah yang akan pertama sekali disingkirkan, sumber menjawab: “No. 1”, merujuk kepada Fuzi.

Sumber tidak menyatakan bilakah Fuzi akan diganti, tetapi menamakan dua calon yang berkemungkinan besar jadi penggantinya ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Acryl Sani Abdullah Sani.

Noor Rashid, 60, adalah ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sebelum dilantik jadi timbalan ketua polis negara. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fizik dari Universiti Malaya.

Acryl Sani pula pernah menjadi ketua polis Sarawak dan Perak serta ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Sumber tidak menyebut nama ketiga yang dihantar.

Beberapa pegawai tinggi pula akan disingkir kerana “tidak bersih”, kata sumber.

“Ada antara mereka ada kekayaan melampau…tidak masuk akal bagaimana mereka ada banyak kereta mewah serta tinggal di banglow.

“Ada yang salah guna kuasa- salah seorang salah guna kuasa bila jadi ketua jabatan dengan guna khidmat kereta pengiring. Dia tidak layak (ketika itu),” kata sumber.

Sebilangan yang lain pula perlu berundur kerana dianggap bersekongkol dengan Najib, kata sumber itu lagi. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...