Skip to main content

Anggota Pentadbiran Diminta Isytihar Harta, Saya Tak Akan Terima Hadiah.


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menerima sebarang cenderahati bagi mempertahankan polisi untuk tidak menerima hadiah yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Hariapan (Harapan) bagi membanteras gejala rasuah daripada terus berleluasa di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Harapan amat serius untuk menangani penyelewengan dalam pentadbiran, termasuk dirinya sendiri sebagai pemimpin negara.

Memetik laporan Mstar, Mahathir berkata, antara usaha itu adalah penubuhan Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang diterajui bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

"Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah kepada saya... saya takut kepada tan sri (Abu Kassim), saya tak akan terima.

"Tetapi boleh bagi bunga, makanan, boleh bagi buah. Tetapi tak lebih daripada tu, kita tolak semua... kereta dan sebagainya, tak boleh bagi," katanya bagaikan menghidupkan semula slogan Kepimpinan Melalui Teladan apabila secara terbuka menolak penerimaan sebarang hadiah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat dengan beberapa kementerian untuk membincangkan mengenai bagaimana untuk menangani rasuah di Putrajaya, sebentar tadi.

Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkata, maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi-agensi bertanggungjawab berkenaan pencegahan rasuah.

“Perdana Menteri tidak boleh sembunyi rasuah yang dilakukan oleh pegawai atau anggota pentadbiran yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Perdana Putra, di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, mesyuarat tersebut turut memutuskan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang lebih daripada lima jawatan bagi mengelakkan masalah penyelewengan dalam pemberian kontrak.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...