Powered by Blogger.

Monday, June 25, 2018

7 Gambar Terkini Pelakon Wanita 'Shaolin Soccer' Yang Memegang Watak Penjaga Gol, Mampu Memukau Mata


Adakah anda masih mengingat filem legenda 'Shaolin Soccer' ini?

Filem ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001, diarahkan dan dimainkan oleh Stephen Chow.

Shaolin Soccer mengisahkan tentang seorang gelandangan yang ingin mengubah nasib dengan menerapkan ilmu bela diri Shaolin yang dimilikinya.

Sekaligus dia berusaha mengumpulkan saudara-saudara seperguruannya untuk menjadi satu pasukan bola sepak.

Filem ini sering mecetuskan gelak ketawa penonton kerana permainan bola sepaknya tidak mematuhi peraturan seperti yang sepatutnya.

Permainan bola sepaknya semakin terasa unik ketika mempunyai gerak-geri khas perguruan kungfu Shaolin.

Cerita ini bukan sahaja berunsurkan bola sepak dan kung fu semata-mata, malah filem ini lebih lengkap dengan perasaan cinta dan keluarga yang dihiasi di dalam cerita ini.

Salah seorang pemain yang menarik perhatian ialah seorang wanita yang menjadi penjaga gol dalam perlawanan terakhir.

Dipendekkan cerita,ketika pasukan masuk ke pusingan terakhir, mereka harus melawan pasukan yang kuat hingga penjaga gol pasukan itu harus diganti dua kali kerana babak tendangan bola yang dahsyat.

Di antara pemain pasukan ini tiada siapa yang berani menjadi penjaga gol, kemudian datang seorang wanita berkepala botak yang menjadi sukarelawan untuk menjaga gol bagi pasukan tersebut.

Wanita bernama Ah Mui, iaitu gadis pembuat bakpao yang tiba-tiba memotong rambutnya untuk mempertahankan pasukan bola sepak.

Watak Ah Mui yang menakjubkan ini dimainkan oleh pelakon wanita iaitu Zhao Wei.

Zhao Wei adalah seorang pelakon yang dilahirkan 12 Mac 1976.Beliau sememangnya sangat cantik meskipun sudah mencecah umur 42 tahun.