Skip to main content

Musa Aman Lari Ke London Sebelum Nama Disenarai Hitam


Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikehendaki polis berhubung isu di negeri itu dilaporkan sudah meninggalkan negara ini.

Memetik laporan The Star Online, Musa berkemungkinan meninggalkan negara sebelum nama bekas Ketua Menteri Sabah itu disenaraihitamkan.

Beliau dilaporkan telah ke Brunei dan kemudiannya berlepas ke London.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada portal berita itu, mereka memohon nama Musa disenaraihitamkan beberapa hari lalu untuk menghalangnya ke luar negara.

“Bagaimanapun kami mendapati beliau sudah ke luar negara sebelum kami memohon namanya disenarai hitam,” katanya.

Rabu lalu, SPRM melancarkan serbuan ke kediaman Musa di Luyang tetapi tidak merampas apa-apa barang.

Isnin lalu, rumah presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga diperiksa dan beliau disoal oleh SPRM kerana disyaki menerima RM20 juta supaya menyebelahi Musa semasa PRU14 lalu.

Sehari selepas PRU14 pada 9 Mei lalu, Musa mengumumkan bahawa Star, yang memenangi dua kerusi Dun pada pilihan raya itu, telah mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang menang 29 kerusi, dan dengan itu membolehkan Musa membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 31 kerusi.

Pada malam 10 Mei, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi dalam tempoh 48 jam kemudian, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri selepas beberapa Adun BN menyertai Warisan dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan, telah menang 29 kerusi.

Musa juga ketika ini sedang disiasat berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di mana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...