Skip to main content

Isa Samad Diberi Tempoh Seminggu Letak Jawatan, Isa Samad Akur SPAD Bubar


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akur dan menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui mesyuarat pertama Kabinet hari ini, untuk membubarkan agensi itu.

Memetik NSTP, Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata keputusan itu tentu dibuat selepas kerajaan melakukan kajian sewajarnya.

Mahathir berkata antara keputusan dicapai ialah SPAD akan dibubarkan dan tanggungjawabnya dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Selain SPAD, turut dibubarkan Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Tan Sri Isa Samad diberi masa seminggu untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Saya harap sebagai bekas menteri, beliau boleh buat perkara yang betul dan letak jawatan.

"Pengerusi SPAD kena letak jawatan serta merta," kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Gesaan itu susulan pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa SPAD akan dibubarkan.

Mahathir berkata peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Mengulas perkembangan itu, Isa dilaporkan akur dengan keputusan kerajaan menyifatkan ia dibuat selepas kajian sewajarnya.

"Kita (BN) pun pernah menjadi kerajaan dahulu. Kita kena hormatlah (keputusan), tentu ada sebab munasabah. Bagi saya, tidak ada masalah (SPAD dibubarkan)," katanya seperti dilapor BH Online.

Sementara itu, Loke turut membuat gesaan sama kepada lantikan poltik lain dalam kementeriannya.

"Mereka tahu siapa mereka...saya tak mahu malukan sesiapa," katanya.

Katanya, kakitangan SPAD akan diserap dalam kementerian itu, tetapi mereka yang mempunyai bidang tugas bertindih tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Kerajaan perlu menggu Dewan Rakyat bersidang sebelum membubarkan SPAD, memandangkan ia bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

Buat masa ini, suruhanjaya itu akan meneruskan tugas seperti biasa, tetapi diletakkan bawah Kementerian Pengangkutan dan bukan lagi Jabatan Perdana Menteri. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...