Ibu Tergamak Jual Anak Demi Barang Kosmetik


CHINA- Anak merupakan hadiah yang tidak ternilai dari tuhan buat setiap pasangan suami isteri. Ada di antara kita terpaksa bersabar dan terus berusaha menantikan kehadirannya selama bertahun-tahun ada juga yang baru saja berkahwin sudah bunting pelamin.Dengan kehadiran anak yang bakal di lahirkan pasti akan mencerikan lagi suasan.

Namun di negara China ini lain pula jadi nya,seorang insan yang bergelar ibu sanggup mendahulukan kepentingan dirinya dengan mengadai anak kandung sendiri.

Wanita yang dikenali sebagai Yu ini tergamak menjual anaknya dan hasil yang diperoleh akan digunakan untuk membeli peralatan make up.


Pada awalnya Yu pergi ke balai polis untuk membuat laporan bahawa anak perempuannya Hua Hua berusia setahun telah hilang.

Yu berasal dari daerah Yunnan ini telah memberitahu pihak polis sewaktu dia sedang berjalan-jalan melihat pemandangan sekeliling baru menyedari bahawa anaknua telah hilang dalam stesen kereta api.

Selepas pihak polis melakukan siasatan selama 10 jam,pihaknya mendapati bahawa anak kecil itu sebenarnya tidak hilang tetapi telah dijual oleh ibu kandungnya sendiri.

Beberapa jam selepas itu barulah Yu membuat pengakuan bahawa dia telah bertindak menjual anaknya dengan harga 50,000 Yuan (lebih kurang RM31,300)


Apa yang menyedihkan adalah seorang ibu tergamak menjual anak sendiri dan sebanyal 6,000(RM3,700) telah digunakan membeli barangan kosmetik dan beberapa barangan lain.

Bagaimanapun,beberapa hari selepas kejadian pihak polis berjaya menemui anaknya dan telah di kembalikan kepada bapanya.

Hasil dari tangakapan,pihaknya berjaya memberkas dua orang lelaki yang disyaki telah terlibat dalam pemerdagangan kanak-kanak.Editor-Sofia