Datuk Seri Anwar Ibrahim Akan Kembali Ke Parlimen Dan Arena Politik.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke parlimen beberapa minggu selepas menyambut Aidilfitri.

Menurut peguam Anwar, R. Sivarasa, Lembaga Pengampunan Diraja telah memberikan pengampunan penuh kepada Anwar yang membolehkannya kembali aktif dalam arena politik.

"Beliau bukan saja bebas secara fizikal tetapi juga boleh menyertai politik selepas pengampunan diberikan.

"Anwar mungkin akan berehat terlebih dahulu untuk menemui sahabat-sahabat beliau sebelum kembali aktif dan selepas raya kita akan memulakan proses untuk mengembalikan beliau ke Parlimen.

"Bagaimanapun ia bergantung dengan rundingan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya yang ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini hari ini. - Astro AWANI