Skip to main content

Jangan Cari Pasal Dengan Pendekar Bugis. - Najib



KUALA LUMPUR: Sebelum ini rata-rata rakyat malaysia tahu bahawa Datuk Seri Najib tidak mahu berdebat dengan Tun Dr Mahathir di Nothing to Hide 1, dan 2.

Sehingga rata-rata netizen di media sosial mengkecam Datuk Seri Najib sebagai panglima bugis penakut untuk berdapan dengan Tun Dr Mahathir.



Tapi hari ini Datuk Seri Najib memberi amaran kepada pihak ‘tertentu’ jangan cuba menggugat kepimpinan beliau.



“Jangan main-main dengan Pendekar Bugis. Siapa yang nak mencarik-carik maruah orang Bugis, tunggu balasannya nanti," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira kira 5,000 pengamal seni silat negara sewaktu berucap di Majlis Himpunan Raksasa Guru-guru Silat 2018, di Gombak, hari ini.

Najib yang mempunyai darah keturunan Raja Gowa, Karaeng Aji dari Sulawesi, memberi amaran kepada pihak ‘tertentu’ yang cuba menggugat kepimpinan beliau ketika negara sedang berada di ambang pilihan raya umum.

Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana Menteri turut melahirkan rasa kagum terhadap prinsip yang diamalkan pengamal seni silat, iaitu sikap wala’ dan taat kepada kepimpinan negara.

Beliau berkata, prinsip itu, jika turut dipelajari dan diamalkan rakyat negara ini, ia dapat menjamin kepimpinan sedia ada dalam perjuangan memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kalau kita wala' dan setia, kita tidak akan bergaduh antara satu sama lain, kalau kita wala' dan setia, arahan pasti akan kita penuhi, kalau kita wala' dan setia tiadalah sikap seperti boikot dan menembak kaki sendiri, sabotaj dan lain-lain lagi.

"Bila saya tuntut wala' daripada anda semua ia bukan atas nama Najib Razak.. tetapi atas jawatan sebagai pemimpin utama negara Malaysia yang tercinta," katanya lagi.

Majlis itu, yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, turut diserikan dengan kehadiran Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Dr Ali Rustam, dan Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga merupakan Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Dalam pada itu, Najib turut memberi jaminan untuk terus mempertahan serta mengangkat martabat dunia persilatan ke tahap seterusnya.

“Sebab itu bila saya diminta isytihar silat sebagai seni pertahankan diri rasmi negara pada tahun 2015, saya tak ragu-ragu, malah saya anggap silat sebagai angkatan ketiga pertahanan negara yang boleh menegakkan kedaulatan negara kita, keselamatan negara kita, serta dapat memastikan maruah negara Malaysia akan terus dapat dipertahankan,” katanya lagi.

Perdana Menteri turut mengumumkan kesediaan kerajaan untuk membina kompleks silat negara, serta memperuntukkan geran tahunan kepada PESAKA sebagai badan induk untuk mengurus aktiviti serta menjaga kebajikan guru-guru dan pesilat dari pelbagai pertubuhan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...