Skip to main content

8 Gambar: Lihat Apa Yang Anggota JPJ Lakukan bila melihat Keluarga Ini Di Lebuhraya.


Pilu hati apabila melihat keluarga ini terpaksa berhimpit-himpit menaiki sebuah motorsikal yang dipandu oleh ayah mereka di  Lebuhraya Pantai Timur. Pasangan ini mempunyai 4 orang cahayamata tiga lelaki dan seorang perempuan.

Kejadian ini disedari oleh seorang anggota Jpj yang dikenali sebagai Shahrul Sharizal dan seorang lagi rakan setugasnya Ahmad Abdul Aziz Jaha La yang kebetulan melalui Lebuhraya tersebut.

Perkongsian gambar keluarga yang dimuat naik ke laman facebooknya telah mendapat ribuan perkongsian dan komen daripada netizen. Ianya juga sudah menjadi viral.

Pada mulanya, Shahrul dan rakan setugasnya menahan mereka sekeluraga supaya berhenti di tepi jalan.Seperti biasa jika seorang anggota Jpj menahan seseorang mesti disebabkan ada kesalahan yang dilakukan pegguna jalan raya,namun bukan sebab itu Shahrul dan rakan setugasnya menahan mereka sekeluarga tapi disebabkan mahu menumpangkan anak-anak kecil pasangan ini untuk menaiki kereta Jpj menuju ke destinasi mereka.

Bukan sekadar menumpangkan anak-anak pasangan ini, anggota Jpj yang berhati muli ini juga turut membelikan mereka makanan dan air untuk mengisi perut kecil mereka.

Gambar yang dimuat naik oleh anggota Jpj ini bertulis "Cerita hari ini. Dalam pada kita merungut susah.Ada orang lain yang lagi susah daripada kita. Bantu membantu lah sesama kita. Kerana Allah s.w.t.

Kebiasaannya jika kita lihat anggota Jpj selalunya mereka akan menahan orang yang melakukan kesalahan namun ,kali ini berbeza dan patut dicontohi oleh masyarakat.

Apabila kita merasa bahawa kita didalam keadaan yang susah ingatlah bahawa ada lagi insan yang lebih susah daripada kita. Sumber: Shahrul Shahrizal.Editor: Bella









Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...