Skip to main content

Sedih! Hajat Memancing Tidak Kesampaian, Maut Akibat Disambar Petir


BALIK PULAU- Seorang lelaki maut akibat disambar petir semasa mangsa menanti ketibaan bot di tepi pantai yang berhampiran Dewan Masyarakat Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Balik Pulau,Pulau Pinang.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 malam dan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Amin Osman, 47 telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut laporan, mangsa dan dua orang rakannya sedang menanti ketibaan bot nelayan yang akan membawa mereka ke lokasi memancing di Pulau Kendi.

Semasa kejadian, cuaca tidak begitu baik dengan hujan yang amat lebat pada ketika itu. Tidak disanggka petir telah menyambar mangsa dan membuatkan mangsa tercampak ke tepi laut.

Selain itu dua lagi rakan mangsa turut terkena sambaran petir di tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Menurut anak mangsa, Muhamad Izdhar,21 ,ayahnya keluar bersama rakan selepas Magrib.

“Tiada sebarang petanda yang menunjukkan ayah mahu pergi, Cuma ayah banyak berdiam diri dan hanya mahu bersendiri sahaja”.

Kata Izdhar lagi, ayahnya itu sudah lama tidak turun memancing, kami sekeluarga terpaksa redha dengan pemergian nya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat kini telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan mengesahkan kejadian sebagai mati mengejut.Editor: Ila Hakimi




Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut