Skip to main content

Pemandu Motosikal Wanita , Maut Digilis Lori Pasir.


SUBANG JAYA- Seorang wanita yang menunggang motosikal dipercayai maut selepas dilanggar oleh sebuah lori pasir di Persiaran Kewajipan dari arah USJ 8 ke arah Lebuhraya KESAS pagi tadi.

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi,mangsa yang dikenali sebagai Asmawati Mat Asri, 27 berasal dari Setiwan,Perak ini telah di gilis dan diseret 100 meter dari tempat kejadian.

Deputi Superintendan Sahimi Husin, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor,berkata, mangsa telah dirempuh daripada belakang oleh lori pasir terbabit yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 46 tahun.

"Mangsa dipercayai telah dilanggar oleh lori terbabit sebelum mangsa diseret dan digilis oleh lori tersebut sejauh 100 meter daripada tempat kejadian".

"Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kini mayatnya telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi di bedah siasat".

Pemandu lori itu dipercayai berasal daripada Kuala Kubu Bharu telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana saksi yang terlihat kejadian ini dimintak tampil bagi membantu pihak polis dengan menghubungi Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin, pegawai penyiasat, di talian 019 4642222.

Seramai 11 anggota dari Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa di bawah lori itu. Editor: Ila






Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...