Skip to main content

Kanak-Kanak Mengalami Keretakan Tempurung Kepala Akibat Dari Langgar Lari


SELANGOR- Seorang wanita yang dipercayai memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berwarna kelabu telah melanggar seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Razeen yang berumur 3 tahun.

Bapa kepada kanak-kanak ini Mohd Rashidin Osman,37 berkata dia mahu suspek yang melanggar anak kesayangan nya ini tampil untuk meminta maaf.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Khamas lalu kira-kira pukul 1.30 petang. Mangsa merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

Menurut ahli keluarga nya mangsa mengalami kecederaan dia bahagian muka serta di kepalanya.Kejadian dikatakan berlaku di hadapan rumah neneknya di Serdang Jaya.

Mangsa dilaporkan berada didalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan di Hospital Serdang.

Menurut keluarganya selepas anak mereka dilanggar suspek terus melarikan diri dan tidak berani untuk tampil meminta maaf.

Walau bagaimana pun, ayah mangsa telah membuat laporan polis namun wanita yang dipercayai berusia dalam anggaran 30-an belum lagi memunculkan diri untuk meminta maaf.

Mangsa dikatakan bersama ibu saudaranya menuju ke arah tempat letak kereta mahu bergerak pulang ke kampung halaman di Nilai.

"Semasa dia mahu melintas jalan tiba-tiba dengan sekelip mata dia dilanggar oleh sebuah kereta Myvi dan tercampak beberapa meter dari lokasi kejadian".

"Kakak saya cemas masa tu,dan terus angkat anak saya masuk ke rumah, namun suspek terus melarikan diri nya,".

Akibat dari kejadian itu Muhammad Razeen. telah mengalami pendarahan dalaman serta tempurung kepala nya reatak.

Ayah nya berkata ,mujur anaknya tidak bergitu serius tetapi terdapat sedikit darah beku di bahagian kepala.

Kata ayah mangsa " sila munculkan diri atau anda boleh menghubungi saya di talian 0123637035 bagi menyelesaikan masalah ini,"katanya.Editor: Ila



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...