Skip to main content

Suami Harus Baca, Inilah Dosa-Dosa Suami Terhadap Isteri.


Setiap insan yang dilahirkan ke dunai mahukan keluarga yang harmoni dan sejahtera kerana ia adalah kunci kebahagiaan.

Tugas mewujudkan keluarga bahagia tidak hanya terletak pada ibu bapa sahaja malahan setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing.

Keluarga adalah asas pembentukan masyarakat islam, sekiranya gagal membentuk keluarga yang baik ianya akan memberi implikasi yang buruk terhadap pembangunan masyarakat islam.

Disebabkan perkara itu, Islam memberi perhatian yang besar kepada pengurusan keluarga dan mengatur langkah bagaimana dapat menjamin keselamatan keluarga tersebut tersebut.

Islam sangat menitik beratkan tingkah laku seorang suami terhadap isterinya dan terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi dosa sekiranya suami itu berlaku tidak adil setelah berumah tangga.

Tanggungjawab seorang anak lelaki tidak akan terhenti walaupun sudah berkahwin dan sekiranya si anak gagal berbakti kepada ibu bapanya ia akan menjadi satu dosa lebih-lebih lagi apabila dia gagal menjalinkan hubungan yang rapat dan suasana yang harmoni antara ibu bapanya dengan isterinya.

Si suami haruslah sentiasa mempercayai isterinya dan tiada perasaan ragu dan buruk sangka terhadap isteri sekiranya mahu sentiasa mengekalkan kasih sayang di dalam keluarga.

Si suami tidak boleh memiliki sikap cemburu terhadap isteri kerana ianya boleh menghilangkan kepercayaan dan sikap hormat dalam diri isteri.

Sesetengah orang berkata cemburu itu tandanya sayang, namun secara tidak sedar perasaan cemburu itu boleh menjadi musuh yang membawa kehancuran sesebuah rumah tangga kerana ianya berpunca daripada rasa tidak percaya seseorang kepada pasangan dan membayangkan pasangannya bersama orang lain.

Suami yang meremehkan kedudukan isteri adalah suami yang tidak baik dan islam melarang keras kerana suami tersebut mempunyai ego terlalu tinggi dan berasa dirinya lebih bagus daripada isteri.

Selain itu, suami yang melepaskan kendali kepimpinan dan menyerahkannya kepada isteri adalah suami yang tidak bertanggungjawab kerana Allah Ta’ala telah mengatakan lelaki itu dijadikan seorang pemimpin. Rasulullah saw.bersabda: ‘tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’

Suami yang memakan harta isteri secara batil adalah berdosa kerana menjadi tanggungjawab suami untuk mencari nafkah untuk isteri.

Sekiranya si isteri memperolehi rezeki dilarang untuk suami mengambilnya kecuali si isteri mengizinkannya dan berniat untuk sedekah.

Tanggungjawab yang seterusnya adalah suami untuk memberi didikan agama yang sepenuhnya kepada isteri dan anak-anak.

Suami janganlah bersikap kedekut terhadap isteri kerana kebahagiaan isteri adalah kunci keberkatan rezeki suami.

Hati seorang isteri sangat lembut dan sensitif, jagalah percakapan supaya tidak terguris hati isteri dan janganlah suami mencela dan mengkritik isteri.

Mungkin suami tidak sedar bahawa dia telah membuat hati isteri terluka kerana berniat untuk memotivasikan isteri, namun tidak menjaga kata-katanya sehingga membuat hati isteri berasa sakit dan suami yang menyakiti hati isteri adalah berdosa.

Suami haruslah berterima kasih kepada isteri kerana telah setia menjaga keperluan suami dan rela mengorbankan masanya untuk memastikan yang terbaik untuk suami.

Sekiranya suami tidak berterima kasih kepada isteri ia akan rasa tidak dihargai dan hatinya akan terluka .

Didalam rumah tangga haruslah bersefahaman dan toleransi, supaya tidak berlaku pergaduhan dan kemudian menghilangkan rasa kasih sayang dan hormat antara pasangan .

Suami yang lama meninggalkan isteri tanpa sebab yang jelas juga dimurkai Allah kerana telah mengabaikan tanggungjawab serta amanah yang harus dipikul.

Untuk mewujudkan kebahagiaan adalah suami harus meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak dan jangan menjadikan alasan urusan di luar rumah adalah lagi penting sehingga tidak sempat untuk bermesra dengan keluarga.

Suami tidak boleh menganggap isteri tidak penting untuk berdandan dan berhias kerana kecantikan isteri adalah hanya untuk suami, sekiranya suami memandang isterinya tidak cantik ia boleh membuatkan suami mahu mencari yang lain.

Seterusnya suami haruslah mengambil berat tentang doa yang dituntut ketika mahu membuat hubungan badan bersama isteri dan mengetahui etika dan hikmah serta tidak menyebarkan rahsia di ranjang kepada orang lain kerana boleh membuka aib isteri.

Suami haruslah memahami dan mengetahui keinginan isteri dalam melakukan hubungan dan tidak menyetubuhi isteri ketika dalam haid kerana tubuh isteri berada dalam keadaan yang kotor.

Islam juga melarang seorang suami menyetubuhi isteri melaui duburnya, apabila isteri itu sudah suci dari haidnya lakukanlah persetubuhan di tempat yang betul.

Rasulullah bersabda “Dilaknat orang yang mendatangkan perempuan melalui duburnya.” (HR. Abu Dawud dan An-Nassaa’i)

Suami yang mengasari isteri dan memukul isteri juga dilaknat Allah kerana suami itu seharusnya menjadi pemimpin yang baik bukan memusuhi isteri.

Seterusnya, suami yang mahu berpoligami haruslah mengetahui apa tujuan yang sebenarnya dan mendapat keizinan isteri supaya isteri tidak berasa di khianati.

Sekiranya mempunyai isteri yang lebih dari satu, haruslah bersikap adil dan tidak mengabaikan salah seorang serta tidak membuat keputusan yang terburu-buru dalam melafazkan talak.

Apabila sudah tidak ada persefahaman dan sudah tidak ada tanda-tanda untuk membaiki hubungan yang telah retak lepaskanlah isteri dengan cara yang baik dengan kerelaan hati isteri dan tidak memburukkan isteri tersebut setelah berpisah.

Suami yang sudah menceraikan isteri janganlah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan membiarkan bekas isteri menguruskan anak seorang diri.

Terakhir sekali, dosa suami terhadap isteri adalah apabila si suami berlaku tidak setia dan memandang perempuan lain setelah merasakan isterinya itu membosankan dan sudah tidak menarik lagi. Editor:Farhana

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...