"Saya Menghormati Pantang Larang Yang Diajar Keluarga" - Hafiz Suip


Hafiz Suip yang dikenali sebagai penyanyi menerusi lagu Awan Nano masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya.

Menerusi akaun Instagram miliknya Hafiz Suip memberitahu bahawa dia mempunyai sebab mengapa belum mendedahkan wajah anaknya.

Menurut beliau keluarga telah mengajarnya pantang larang dari turun temurun dan dia menghormati pantang larang tersebut.

Menerusi entri tersebut, Hafiz turut memuat naik fotonya mendukung bayinya sambil menutup wajah anaknya dengan tangan.

Hafiz telah berkahwin dengan isterinya Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pada 31 Disember 2017. Sumber:Astro Gempak , Editor:Farhana