Skip to main content

Rahsia Bibir Merah Tanpa Lipstick


Setiap wanita menginginkan bibir yang merah kerana ia akan menaikkan lagi seri di wajah dan kebiasaannya wanita akan memakai lipstick.

Individu yang mempunyai bibir hitam kebiasaannya dikaitkan dengan tabiat merokok kerana nikotin yang terdapat dalam rokok dikatakan punca bibir berubah menjadi kehitam-hitaman.

Namun tidak semua bibir hitam berpunca dari rokok kerana terdapat punca-punca lain.

Buat pembaca sekalian yang menginginkan bibir merah anda boleh mengamalkan beberapa tips tanpa memakai lipstick yang tebal.

Langkah pertama adalah kurangkan pengambilan kopi dan teh kerana pengambilan minuman ini secara berlebihan bukan sahaja membuat bibir menjadi hitam malahan akan membuat gigi anda menjadi kuning.

Kurangkan atau elakkan wajah anda dari terkena pancaran matahari yang terik kerana ia akan membuatkan kulit menjadi kering seterusnya menjadi gelap.

Sebelum keluar rumah, sapukan produk penjagaan bibir seperti pelembab supaya bibir tidak kering dan sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi butter, shea butter, minyak jojoba atau vitamin E kerana ia membantu anda melembabkan bibir serta melindungi bibir.

Selain itu gunakan penanggal alat solek yang berkualiti bagi mencegah bibir menjadi kering dan buatkan skrub bibir sendiri mengunakan bahan organik dan sapukan perlahan-lahan pada bibir menggunakan berus gigi untuk membuang sel-sel mati yang rosak atau kering daripada bibir.

Pastikan anda minum air yang secukupnya bagi memastikan kulit sentiasa lembab dan tidak kering kerana kulit yang kering juga akan membuatkan bibir menjadi kering dan gelap.

Langkah yang seterusnya, urut bibir anda sekerap yang mungkin menggunakan kiub ais yang diletakkan dalam kain lembut dan urut selama lima minit setiap hari kerana bibir yang selalu diurut akan kekal merah.

Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan menggunakan air berklorin kerana klorin juga bertindak mengurangkan pigmentasi dalam bibir.

Sekiranya anda pergi berenang di kolam renang yang mana air dalam kolam tersebut berklorin, bilaslah bibir dengan bersih selepas itu. Sumber: Sirap Limau , Editor:Farhana

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...