Skip to main content

Fasha Sandha - "Surat Terbuka Buat Bakal Suami"




Baru-baru ini satu 'surat terbuka' telah di muat naik oleh seorang pelakon iaitu Fasha Sandha di laman sosial Instagramnya.

Status itu menimbulkan pelbagai teka-teki dalam kalangan peminatnya kerana ada yang meneka berkemungkinan Fasha sudah mempunyai calon suaminya.

Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha berharap agar mana-mana individu yang berhasrat untuk menyunting dirinya perlulah membaca surat terbuka terlebih dahulu dan berusaha sehabis mungkin untuk memahami isi kandungan surat tersebut.

“Surat terbuka ini untuk bakal suami. Walaupun tak tahu siapa orangnya, Allah akan tentukan.”

“Kepada yang sudah isi borang dan akan isi borang, boleh baca awal-awal okey,” tulisnya.

Dalam pada masa yang sama, dalam ‘surat’ itu juga, Fasha turut melahirkan rasa teruja untuk berjumpa dengan seseorang dan berharap pertemuan itu adalah pertemuan yang hebat dan bermakna.

Fasha juga berharap bahawa lelaki yang bakal muncul dalam hidupnya itu tidak akan meninggalkan dirinya berseorangan dan mestilah menerima kehadiran anak-anaknya.

menerusi status yang sama juga Fasha turut meletakkan tanda pagar iaitu #janganserioussangat #jangansibuknakkecam #justforfun.

Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Fasha kini dikatakan sedang berada di Kemboja untuk penggambaran sebuah drama dan dia bakal berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

Bagaimanapun, Fasha mengakui bahawa dia masih lagi belum mempunyai calon suami dan semua ini masih lagi dalam perancangan.

Tambah Fasha lagi, sebelum ini dia juga memberitahu bahawa dia ada merancang untuk berkahwin ketika di usia 28 tahun dan berharap agar perancangannya itu dipermudahkan.

“Orang kata, ia tepat pada masa. Insya Allah kalau ada jodoh, saya pasti berkahwin juga. Jadi doakan saja yang terbaik. Ini semua kerja Allah,” katanya.

Sebelum ini, Fasha telah berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2012 namun perhubungan mereka terputus di tengah jalan apabila mereka telah bercerai 2016.

Hasil daripada perkahwinan itu, Fasha telah melahirkan dua orang anak iaitu Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli. Editor: Amira










Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...