Lembu Dilapah Sehingga Tinggal Badan Sahaja


KELANTAN -Seorang pengguna media sosial facebook telah memuat naik gambar seekor lembu yang dipercayai telah dilapah di tepi jalan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian berlaku di Rantau Panjang ketika musibah banjir berlaku, pengguna media sosial yang dikenali sebagai Kidal Kasmawi mengatakan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ketika musibah banjir di kawasan itu.

Difahamkan, pemilik lembu tersebut dikatakan telah membiarkan haiwan ternakan itu merayau di tepi jalan raya.

Haiwan tersebut telah dilanggar sebelum dilapah bahagian kaki dan kepala sehingga tinggal badan sahaja.

Rata-rata netizen juga mengatakan haiwan ternakan itu sepatutnya di masuk ke dalam kandang dan bukannya biar ia berkeliaran. Lembu yang berkeliaran ini juga boleh membahayakan pengguna jalan raya. Online News Today