Skip to main content

Sindir Perdana Menteri Fathia Latiff Dikecam


Pulau Pinang - Seorang pelakon wanita bertindak berani apabila telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur sindiran terhadap Perdana Menteri Malaysia, datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun sindiran tersebut telah diajukan berhubung kait dengan kejadian banjir teruk yang melanda negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Kejadin banjir tersebut sememangnya telah mendapat perhatian daripada pengguna-pengguna laman media sosial yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di sana yang terpaksa melalui detik-detik yang menyukarkan buat mereka.

Malah tidak terkecuali seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai Fathia Latiff yang turut menyatakan pandangannya melalui tweet miliknya yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Kenyataan Fathia tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan netizen apatah lagi kenyataan tersebut melibatkan Perdana Menteri sendiri.

Tidak kurang juga terdapat segelintir masyarakat yang turut mengecam tindakan Fathia tersebut yang dianggap sebagai cuba meraih perhatian daripada netizen.

Walaubagaimanapun Fathia kelihatan amat ,kuat dalam menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

Perbezaan sikapnya ini dapat dilihat melalui keadaannya ketika mengawal situasi isu video kontroversi yang melandanya itu dengan isu terbaru ini.

Para peminat Fathia mengharapkan Fathia bertindak lebih bijak dalam mengawal situasi dan tidak mengulangi perkara yang mampu membuatkan namanya kembali tercalar.


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...