Skip to main content

Pemuda UMNO Kedah Mohon Ahmad Bashah Lepas Jawatan KFA.


ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini menyatakan solidariti memohon supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melepaskan jawatan disandang dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan para penyokong yang 'mengeboo' Ahmad Bashah di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia kelmarin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Katanya lagi solidariti memohon supaya Menteri Besar dan serta seluruh kepemimpinan UMNO negeri termasuk barisan Exco menimbangkan kemungkinan melepaskan jawatan disandang dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan serta-merta.

Menurut laporan Utusan Online, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, cadangan itu dibuat atas dasar menjaga nama baik parti yang sering dijadikan kambing hitam oleh pihak berkepentingan yang menjadikan bola sepak sebagai medan mencetuskan amarah serta meraih simpati politik.

Katanya, sangat mengecewakan ketika Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah telah melakukan pelbagai pengorbanan antaranya mencari dana berjumlah RM54 juta dalam tempoh dua tahun untuk pengurusan pasukan dan kebajikan pemain.

"Bukan itu saja, malah beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mempertahankan harga tiket di Stadium Darul Aman pada kadar terendah berbanding di tempat-tempat lain untuk penyokong.

"Tetapi pengorbanan dan jasa beliau tidak langsung dikenang dan dihargai sehingga mereka memalukannya di stadium tempoh hari.

Justeru kami percaya, adalah lebih baik beliau serta seluruh kepemimpinan UMNO Kedah termasuk mana-mana exco yang menyandang jawatan lain seperti Setiausaha Kehormat serta Bendahari KFA melepaskan jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kesemua 15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri di Hotel TH di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kepemimpinan Pemuda UMNO negeri juga menuntut supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mengenai kewujudan kain rentang gergasi tertulis perkataan 'haters' yang dibentangkan para penyokong JDT sewaktu lagu rasmi negeri Kedah, Allah Selamat Sultan dimainkan di Stadium Shah Alam kelmarin.

"Benar, perkataan haters itu boleh ditujukan kepada sesiapa saja tetapi kami mempersoalkan mengapa mereka membentangkan kain rentang gergasi itu ketika lagu negeri dimainkan.

Tindakan itu jelas menunjukkan niat tidak baik dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di pentas utama.

"Kami hairan bagaimana kain rentang berbentuk provokasi sebesar itu boleh melepasi kawalan keselamatan sedangkan terdapat undang-undang yang menghalang kain-kain rentang berbentuk provokasi daripada dibawa ke dalam stadium.

Adakah terdapat keistimewaan atau ada pihak takut dengan individu tertentu hingga mereka boleh membawa kain rentang sebesar itu masuk ke stadium?" soalnya.-UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...