Aliff Syukri Mengamuk Dituduh Kedekut Oleh Netizen.


KUALA LUMPUR - Dituduh kedekut oleh oleh netizen, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya di laman sosial isu hadiah untuk empat finalis AF Megastar semalam.

Menurut laporan Utusan Online, Pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya di laman sosial apabila dituduh kedekut oleh beberapa pengguna laman sosial kerana tidak menaja hadiah untuk empat lagi finalis AF Megastar semalam.

Jelasnya, walaupun bergelar penaja utama AF Megastar, namun kuasanya terhadap program itu masih terbatas dan tidak boleh melangkaui pengurusan Astro.

“Suka-suka korang nak kutuk saya kedekutla bagi hadiah kat seorang pemenang sahaja. Ingat AF tu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke?

“Ingat bila kita menaja kita boleh buat sesuka, nak naik pentas pun kena minta kebenaran. Saya ni bayar berjuta ya untuk menaja. Korang tak tahu baik diam sahaja,” itu antara petikan kapsyen yang di muat naik Aliff dalam laman Instagram peribadinya.

Dalam pada itu, Aliff turut menjelaskan tujuan utama beliau menaja adalah untuk mendapatkan siaran iklan yang bertujuan mempromosikan produk di bawah jenamanya.

“Rancangan itu tinggi jumlah tontonannya, banyak orang tengok .

“Kalau saya tidak taja pun rancangan itu tetap berjalan ya awak-awak suka sangat nak mencari salah orang ni,” katanya.

Sementara itu bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Idayu muncul sebagai juara AF Megastar .

Kemenangan itu sekali gus membolehkan pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob, 32, itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Selain Idayu antara finalis yang turut berentap semalam ialah Shahir, Bob, Syamel dan Marsha. - Utusan Online