Skip to main content

Waris Empat Remaja Bakar Pusat Tahfiz tampil memohon maaf Kepada Keluarga Mangsa.

Seorang lelaki yang mewakili waris empat remaja yang ditahan polis susulan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu tampil memohon maaf.

Menurut Laporan Harian Metro, Waris bagi dua beradik berusia 15 dan 16 tahun yang ditahan Jumaat lalu, meluahkan permohonan maaf kepada semua keluarga mangsa, pelajar dan tenaga pengajar terhadap kejadian yang menimpa.

Lelaki yang juga sepupu kepada ibu suspek, berkata, dia tidak menyangka dua anak sepupunya itu boleh terbabit dalam kejadian yang meragut 23 nyawa itu.

Katanya yang tinggal berdekatan dengan kediaman keluarga suspek, dua beradik itu memang nakal namun sifat itu mungkin disebabkan mahu perhatian kerana ibu dan bapanya sudah berpisah.

"Bagaimanapun dua beradik itu tetap rajin membantu ibunya berniaga dipasar malam untuk menampung kehidupan mereka yang turut tinggal bersama dua adik perempuan mereka.

"Keluarga kami tidak sangka kenakalan dua beradik itu sehingga ke tahap itu," katanya ketika ditemui di Kampung Datuk Keramat, hari ini.

Menurut lelaki berusia 55 tahun itu, ibu kepada dua suspek berkenaan kini masih tertekan susulan penahanan dua anaknya itu dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa setakat ini.

"Sejak dua beradik itu ditahan, ibunya hanya berkurung di rumah kerana tertekan dan tidak mampu untuk berdepan dengan jiran serta penduduk sekitar kawasan ini.

"Jangan terlalu salahkan keluarga. Ibu mana yang mahukan anaknya berbuat jahat. Namun sekiranya siasatan mendapati mereka terbabit, kami bagi pihak keluarga reda sekiranya mereka dijatuhi hukuman.

"Bagaimanapun, biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, datuk kepada suspek berusia 11 tahun,meminta maaf kepada keluarga dan waris mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu.

Dia yang berusia 55 tahun serta bapa angkat kepada suspek berusia 15 tahun berkata, dia memahami perasaan keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang namun hanya mampu mengungkapkan perkataan maaf.

"Saya minta maaf kepada keluarga mangsa atas kekejaman dilakukan anak angkat saya yang saya jaga sejak usia dua hari dan juga cucu saya yang baru berusia 11 tahun.

"Tiada ibu bapa atau ahli keluarga yang mahukan anak atau cucu berkelakuan sedemikian, saya juga sedih terbayang mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan menyayat hati," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurutnya yang bekerja sebagai penjaga tandas awam, cucu dan anak angkatnya adalah insan yang penyayang, namun cepat terpengaruh dengan rakan kerana lurus bendul.

"Dua hari selepas kejadian, anak saya ada mengunjungi tempat saya bekerja di taman tasik ini dan meminta sebotol air kerana haus.

"Tiada sebarang kelakuan pelik ditunjukkan, dia ceria seperti biasa namun mengajak saya pulang ke rumah kerana katanya polis memenuhi pekarangan rumah," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, polis mengambil gambar anak angkat dan cucunya sebelum membawa mereka pergi dan dia mengetahui pembabitan jenayah yang dua remaja itu lakukan. Sumber: Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...