Skip to main content

Selepas Boy Iman, Datuk Red Pula Dituduh Tipu Jual Tanah .

Akhirnya Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tampil memberi penjelasan isu syarikat menipu urusan jual beli tahah.

Menurut laporan mStar Online, penipuan penjualan rumah harga murah yang kecoh sejak kebelakangan ini memasuki episod baharu apabila suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu pula dituduh melakukan kegiatan sama.

Sebuah blog pada Isnin lalu mendedahkan perbuatan Adnan menerusi syarikat ADN Properties Sdn Bhd yang turut memuat naik video sidang media Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM) membongkar kegiatan penipuan penjualan tanah.

Menerusi video berdurasi enam minit itu turut menyelitkan keratan artikel mendakwa Adnan atau Datuk Red terlibat dalam penipuan itu walaupun sidang media dilakukan oleh Pengarah, Unit Tindakan Khas, PPIM iaitu Yusof Azmi itu tidak memperincikan secara jelas siapa dalang sebenar.

Adnan ketika dihubungi mStar Online pada Khamis mengakui terkejut dengan penyebaran fitnah terhadap dirinya dan menegaskan dia tidak ada kaitan dengan apa yang dibongkar PPIM dalam video tersebut.

"Sidang media dalam video itu sudah lama sekitar bulan Jun lalu dan mereka bercakap mengenai syarikat lain dan bukannya syarikat saya.

"Tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini menyelitkan artikel seolah-olah mereka sedang bercakap mengenai syarikat saya dan terus menjatuhkan hukum kata saya penipu tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Jika hendak bercakap tentang peribadi saya silakan... tetapi memfitnah syarikat dan perniagaan saya tanpa usul periksa itu saya tidak boleh terima," katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, dia mengetahui siapakah dalang melakukan penipuan penjualan tanah seperti dibongkarkan PPIM malah sebelum ini pernah membantu persatuan itu menjejaki mereka.

"Saya tahu siapa yang sedang diperkatakan Yusof Azmi dalam video itu kerana PPIM pernah meminta bantuan saya untuk menjejak dalang-dalang ini.

"Tetapi kami lakukan secara senyap kerana tidak mahu mereka ini tahu aktiviti mereka sedang diperhatikan," katanya.

Tambah Adnan lagi, dia menyerahkan kepada PPIM dan pihak polis untuk menguruskan hal ini dan bersedia sekiranya ada bukti mengatakan dia terlibat atau bersalah.

"Kalau betul saya terbabit dan didapati bersalah barulah jatuh hukum kepada saya... katalah apa hendak kata.

"Tetapi kami tak terlibat pun dah kena macam-macam fitnah. Apa-apa pun saya serah kepada pihak berkuasa jalankan siasatan," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Adnan memberitahu penyebaran fitnah itu memberi kesan kepada syarikatnya terutama kepada pelanggan baharu yang ingin berurusan dengan pihaknya.

"Memang beri kesan tetapi ingin saya tegaskan di sini syarikat kami tidak jual tanah orang pihak ketiga tapi saya jual tanah atas nama saya sendiri yang saya beli.

"Sebelum sebarang pembelian dibuat kami akan tunjuk dahulu geran asal tanah dan saya bukannya jual rumah," katanya.

Adnan melakukan penjualan tanah lot di beberapa daerah antaranya Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kajang.

Sebelum ini pelakon Datuk Boy Iman dikatakan menipu orang ramai dengan memperkenalkan skim penjualan rumah harga murah dengan syaratt pemohon haruslah mempunyai tanah sendiri. - mStar Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...