Skip to main content

Pembantu Rumah Setan, Tinggalkan Anak-Anak Kecil Kami Dirumah Begitu Saja.

Shah Alam - Pembantu rumah lari, itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh majikan di Malaysia yang sudah bosan dan lali dengan perkara itu.

Lari sehelai sepinggang pun menyebabkan majikan rugi dengan wang pendahuluan dan apatah lagi ada pembantu rumah asing turut membawa lari barang yang bernilai ribuan ringgit.

Manakan tidak majikan menjadi fobia, jika tiada jaminan oleh agen dan jika ada jaminan sekalipun bagaimana mahu memastikan mereka tidak lari.

Jika dikunci pintu rumah dikatakan majikan kejam. Apabila diberi kunci rumah, lari pula. Entah mana silapnya, majikan sering dipersalahkan jika pembantu rumah mereka lari.

Macam mana mereka lari? Siapa yang mengambil mereka? Ke mana mereka pergi? Adakah agen pembantu rumah asing juga terlibat dalam hal ini?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Anuar menawarkan ganjaran sebanyak RM5000.00 kepada sesiapa yang dapat menangkap pembantu rumah yang dikatakan telah melarikan diri.

Dalam posting  di facebook Khairul Anuar memberitahu bahawa pembantu rumahnya yang dekenali sebagai Amenah telah tinggalkan anak-anaknya dirumah bersendirian begitu saja.

Malah pembantu rumahnya itu turut melarikan barang-barang bernilai hampir RM10.000 di rumahnya di Cahaya Alam, Shah Alam.

Menurut Khairul Anuar, Amenah masih berada disekitar Shah Alam dan berharap pengguna media sosial boleh membantunya untuk menangkap pembantu rumahnya itu.

 Khairul Anuar akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang berjaya bawak Amenah kepadanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...