Skip to main content

Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS.

Siti Kasim yang merupakan peguam serta aktivis menggesa Pas dan Harakahdaily supaya mengemukakan permohonan maaf kepadanya dalam masa 48 jam jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa telah memfitnahnya.

"Ini saman saya terhadap PAS dan lidah rasminya kerana fitnah yang disebarkan kepada orang ramai berhubung posting korban saya. Jangan benarkan sesiapa membuli anda," katanya di Facebook hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Siti melampirkan surat peguam bertarikh 18 September 2017 yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor laman rasmi parti itu.

Surat itu menuntut Harakahdaily menyiarkan permohonan maaf di muka depan laman dan di tempat yang ketara di Facebooknya selama tujuh hari.

Surat itu juga meminta permohonan maaf diletakkan di atas artikel yang menjadi pertikaian, sebelum dibuang daripada laman itu - termasuk versi arkibnya -  selepas 24 jam.

Selain itu, ia juga menuntut PAS dan Harakahdaily tidak lagi mengeluarkan kata-kata berbentuk tohmahan kepada Siti serta membayar ganti rugi yang dirasakan wajar, kerana telah merosakkan reputasinya.

"Kami mempunyai arahan khusus untuk memulakan prosiding perundangan terhadap anda atas tindakan anda seperti yang dinyatakan, jika gagal memenuhi tuntutan ini."

Surat itu tidak dimuat naik secara penuh, justeru tidak dapat dipastikan artikel yang menjadi pertikaian.

Namun Siti pada 8 September lalu mengkritik sebuah artikel di laman itu yang memetik Ketua Muslimat PAS Kedah Datuk Siti Aishah Ghazali.

Dalam artikel yang disiarkan 7 September itu, Aishah antara lain mendakwa Siti menghina Nabi Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang "mengheret kesesatan kepada orang lain".

Ia sebagai respon kepada posting Siti di Facebook sebelum itu, yang antara lain berkata Quran tidak menyatakan Tuhan memerintah Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, serta tidak menuntut orang Islam mengorbankan nyawa makhluk lain.

Beberapa laporan polis dibuat ke atasnya ekoran kenyataan tersebut, antaranya oleh Pemuda PAS Kelantan serta Muslimat dan Pemuda PAS Kedah. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...