Skip to main content

Isu Pesta Arak Dan Gay, Ridhuan Tee Bidas Presiden MCA Cuba Halang Kerja Jakim

Pendakwah bebas terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengeluarkan kenyataan mempertikai peranan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Presiden MCA itu berkata, Jakim tidak seharusnya menentukan senarai larangan Jabatan Imigresen berhubung individu yang sepatutnya diharamkan daripada menghadiri pesta gay ‘White Party Bangkok’ 30 September ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai Katanya, peranan Jakim adalah untuk memantau aktiviti berkaitan dengan umat Islam sahaja, bukannya berkaitan dengan dasar moral dan memantau tingkah laku individu.

“Siapa Tiong Lai untuk mengeluarkan arahan sedemikian? Atas dasar kuasa seorang menteri atau apa? Saya yakin beliau tidak boleh kawal dan memastikan ahlinya mengundi ultra kiasu. Jakim di bawah JPM, Jabatan Imigresen di bawah KDN.

“Jakim adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam soal hal ehwal orang Islam. Apa jua perkara yang mengganggu kehidupan kami Jakim ada tanggungjawab. Kewujudan Jakim ada kaitan dengan orang bukan Islam, sebab orang bukan Islam hidup dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Jika bukan Islam begitu berani dan amat celupar mencampuri hal ehwal orang Islam, apakah Jakim hanya berdiam diri? Apakah ketika itu, ultra kiasu ini bebas, sebebas bebasnya. Gunakan otak sikit untuk bercakap,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Tiong Lai dalam kenyataan sama turut berkata, masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk memilih cara hidup mereka.

“Minum (alkohol) mungkin sesuatu yang berdosa dalam Islam, tetapi bagi orang bukan Islam, kita mempunyai kebebasan untuk memilih untuk meminum atau tidak. Bukan terpulang bagi mereka (pihak berkuasa) untuk membuat keputusan.

“Sebagai contoh, saya seorang vegetarian, saya tidak minum, tetapi saya menghormati kebebasan rakyat untuk minum, ini adalah hak saya,” katanya.

Selar Ridhuan Tee, walaupun arak adalah kebebasan bukan Islam, mandilah arak, tidak siapa yang larang, tetapi jangan timbulkan masalah kepada orang lain.

“Boleh dikatakan mereka yang menaiki teksi, grab, uber, semua muntah dalam kereta gara-gara mabuk dan menimbulkan masalah kepada pemandu. Kamu tahukah Mr Presiden? Rata-rata pemandu kenderaan tersebut adalah orang Islam.

“Jika Mr Presiden seorang vegetarian, kuat berpegang kepada agama, senaraikan kepada saya, agama apa yang membenarkan pesta arak dan gay ini. Tersangat hina agama tersebut jika ada yang membenarkan.

“Apakah tidak berdosa minum arak dalam agama atau ajaran bukan Islam. Menteri ini membaca ke tidak? Apakah menteri ini sudah lupa berapa banyak insiden kapal terbang terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas, gara-gara ultra kiasu pemabuk ini menimbulkan masalah kepada keselamatan penumpang? Beliau ambil cakna atau tidak, kementerian yang diketuainya?,” soalnya. Sumber : Ikatan Muslimin Malaysia

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...