Skip to main content

110 Buah Rumah Rosak Ribut Terburuk Di Temerloh



TEMERLOH – Kira-kira 110 buah rumah di daerah ini mengalami kerosakan akibat ribut kencang yang melanda petang semalam melibatkan kampung dan taman perumahan.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Paya Pulai, Taman Sri Kerinau, Kampung Contoh, Kampung Bukit Resak, Kampung Batu 4, Jalan Maran dan Kampung Bangau Parit Temerloh.

Ribut yang berlaku kira-kira pukul 5.45 petang itu memusnahkan atap, rabung dan siling rumah selain turut menyebabkan beberapa pokok besar termasuk durian dan rambutan tumbang serta menghempap rumah penduduk.

Ketua Kampung Kampung Paya Pulai, Kamaruddin Mohd Noor, 60, kejadian ribut kali ini disifatkan paling dahsyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini angin kencang sehingga menumbangkan pokok-pokok besar yang menimpa rumah penduduk.

“Antara kejadian paling mengejutkan berlaku di rumah seorang penduduk orang kurang upaya (OKU) Mohd. Noor Musa, 68, di Kampung Batu 4, Jalan Maran apabila sebatang pokok durian menghempap rumahnya yang turut didiami empat keluarga.

“Syukur semua ahli keluarganya selamat dan tidak mengalami kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya di sini hari ini

Dalam pada itu seorang penduduk Taman Sri Kerinau, Suhana Ismail, 52, berkata dia dan keluarga hanya mampu berlindung di bawah meja makan apabila mendengar bunyi atap diterbangkan angin dan pintu dapur terkopak.

“Saya sangat cemas, hanya mampu berdoa ketika itu. Bila semuanya reda, atap bahagian dapur dan ruang tamu sudah hilang,”katanya.

Beliau berkata, penduduk kini bergotong-royong membaiki bumbung yang bocor secara sementara dengan plastik kanvas dan zink terpakai bagi mengelakkan air hujan memasuki rumah. – KOSMO! ONLINE

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut