Skip to main content

Masa Untuk BN Balas Jasa PH Di Kuala Kubu Bharu


Pilihan raya kecil (PRK) kali ini adalah waktu untuk BN membalas jasa PH yang membantu calon Umno pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata PKR, Amanah dan DAP telah mendukung serta memberi sokongan kepada calon Umno pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan parlimen Kemaman.

Dia yang juga timbalan perdana menteri berkata, justeru BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung kerajaan perpaduan.

“Itu prinsip kami yang sejak awal lagi sudah dinyatakan, jadi kami dah gerak jentera Umno dan MIC untuk jaga lapan PDM (pusat daerah mengundi), termasuk menyantuni komuniti Orang Asli, pengundi dari parti kami dan juga pengundi Melayu tidak berparti.

“Kami akan sokong calon yang mewakili kerajaan perpaduan. Prinsip kami jika kerusi itu dipunyai oleh salah satu parti komponen dalam kerajaan perpaduan, maka kami menghormati formula untuk berikan kerusi itu pada parti berkenaan kecuali jika terdapat swap (pertukaran) dan faktor lain,” katanya Kuala Kubu Bharu hari ini.

Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi calon kerajaan perpaduan, Pang Sock Tao, ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Mengulas mengenai pendirian MCA yang tidak akan berkempen kerana calon BN tidak bertanding di situ, Ahmad Zahid berkata, dia yakin MCA Selangor akan menggerakkan jentera mereka di peringkat bahagian dan DUN untuk membantu calon kerajaan perpaduan.

“Kita faham perasaan MCA, insya-Allah apabila kedinginan meliputi perasaan, saya fikir suasana akan berubah.

"Kita tidak jangka (bila MCA akan mula turun bantu kempen) tapi saya fikir Umno-MCA dua sahabat lama sejak 1974, dan saya fikir ia akan dapat disantuni dengan baik,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tular rakaman Pang yang didakwa mengutuk BN, Ahmad Zahid berkata itu merupakan tindakan jahat pihak pembangkang.

“Kalau nak ulang (video lain) banyak lagi, tapi dalam perkara ini yang ada di hadapan kita ialah kita tutup buku lama, buka buku baru dan cari pendekatan terbaik,” katanya.

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini manakala pengundian awal pada 7 Mei.

PRK KKB merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 2022. - Bernam

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...