Skip to main content

Polis Tahan Kumpulan Kongsi Gelap 'Geng 36'


JEMPOL: Polis menahan 10 lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap 'Geng 36' sebelum sempat mencetuskan pergaduhan di kawasan Bahau pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPD Jempol bertindak ke sebuah rumah di Bahau, selepas menerima laporan mengenai perkara berkenaan pada 8 malam.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek berusia 19 hingga 43 tahun sedang membuat persediaan untuk melakukan pergaduhan dan jenayah.
 
"Hasil pemeriksaan menjumpai senjata parang, senjata tajam yang diubah suai dan senjata lain disimpan serta disembunyikan berhampiran tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoo berkata polis telah mengenal pasti dan membuat pengesahan terhadap kumpulan ini berdasarkan tanda tatu di bahagian badan dan gambar simbol '36' di dalam kesemua telefon suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan (Memiliki senjata-senjata maut dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang) dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Memiliki senjata berbahaya di tempat awam).

Hoo berkata kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Seseorang yang menganggotai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang). Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 10 Mei. - BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...