𝐏𝐀𝐊𝐈𝐍 Buat Laporan Polis, Tular Rakaman Video Ajaran Sesat


JOHOR BAHRU: Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) membuat laporan polis berhubung video tular yang mengajak orang islam percayakan Nabi Muhammad SAW sebagai Allah

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Penyelaran PAKIN Johor En Masrulle Hanaffi pada jam 9 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, hari ini.

Sejak kelmarin, tular rakaman video ajaran sesat dan menyebut beberapa ayat menyeleweng akidah antaranya Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.

Menurut En Masrulle "video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi sebenarnya ia adalah ajaran sesat Si Hulk. Video tular empat lelaki mengenai ajaran Si Hulk ini bermakna, ajaran sesat ini masih ada pengikut setia di negeri ini walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.

"Situasi ini amat membimbangkan apatah lagi video itu dapat ditonton dengan bebas oleh generasi muda. Oleh itu, kami mahu PDRM mengesan empat lelaki berkenaan bagi tindakan susulan.

Menurut Pengerusi PAKIN, En Zakir Halim (Zack) ketika Dihubungi meminta Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap meraka yang cuba menyesatkan orang islam.

"Ajaran sesat yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah disekat dengan apa cara sekali pun daripada disebarkan di Johor dan mana-mana orang Islam yang terbabit dengan ajaran ini hendaklah bertaubat"

Katanya, semua NGO diseru untuk membuat laporan polis, serta berjuang bagi menyekat aktivis terbabit daripada terus menggugat keharmonian negara khususnya kesucian Islam.