Skip to main content

Kenderaan Hanyut Banjir Di Arab Saudi


JEDDAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi merekodkan hampir 180 milimeter padu hujan yang melanda beberapa kawasan kelmarin sehingga mencetuskan banjir.

Jumlah hujan tersebut juga menjadi yang tertinggi yang diterima Jeddah sejak 2009.

Sehubungan itu, majlis perbandaran Jeddah mengumumkan amaran tertinggi kepada semua penduduk berikutan keadaan cuaca ekstrem dengan menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting.

Pusat meteorologi pila memberi amaran hujan sederhana sehingga lebat dijangka turun dalam tempoh beberapa hari akan datang, terutamanya di Jeddah dan Rabigh di Mekah, termasuk Thuwal serta kawasan tepi pantai.

Sehingga kini, sejumlah penerbangan masih ditangguhkan sehingga keadaan cuaca stabil.

Selain itu, majlis perbandaran Mekah menugaskan 11,800 pekerja lapangan untuk bersedia dengan musim hujan yang melanda.

Antara tugasan yang perlu dilakukan termasuk memantau sistem perparitan, terusan dan infrastruktur jalan raya, terutamanya di kawasan berisiko banjir.

Parit dan terusan yang tersumbat juga akan dibaik pulih segera bagi memastikan saliran lancar, sekali gus mengelakkan banjir.

Beberapa peralatan turut ditempatkan di sekitar Mekah, termasuk 52 tangki air dengan setiap satunya mempunyai kapasiti 194,000 gelen.

Kesemua tangki air tersebut akan digunakan untuk memberishkan banjir lumpur yang mengotori kawasan sekitar.

Terdahulu, dua dilaporkan maut akibat bencana alam tersebut di Jeddah.

Sementara itu, semua sekolah di bandar raya ini akan ditutup sehingga banjir surut atau hujan kembali reda. - Utusan

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut