Skip to main content

PAKIN Dan MHO Bela Nasib Warga Malaysia Jadi Mangsa Scammer


Diugut, dipukul dan dipaksa bekerja selama 18 jam setiap hari antara kesengsaraan yang ditempuh salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di Laos.

Waris mangsa, Low Teck Lin, 44, berkata, anak saudaranya itu pada mulanya pergi ke Dubai untuk bekerja sebelum ke Thailand dan akhirnya dijual kepada ejen di Laos sejak tiga bulan lalu.

"Sekarang dia dekat sana kerja 18 jam, rambut dipotong botak. Tidur enam jam sahaja dan 18 jam kena paksa buat kerja 'scam'.

"Kalau mengantuk akan dipukul, dia orang (sindiket) bagi tiga bulan... kalau tak capai sasaran akan dijual ke ejen lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pertubuhan Kemasyarakatan Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Setiausaha Agong MHO, Datuk Hishamuddin Hashim dan Pengerusi PAKIN Malaysia, Encik Zack serta NGO-NGO lain menyifatkan tindakan kerajaan dalam menangani isu tersebut sebagai tidak memadai dan kurang efektif.

Hishamuddin menegaskan, tindakan lebih drastik perlu diambil pihak berkenaan dan menggesa kerajaan menggunakan hubungan diplomatik menerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mencari penyelesaian terbaik.

Katanya, pada era modenisasi ketika ini perbuatan sindiket berkenaan tidak ubah seperti penghambaan iaitu mangsa dipaksa untuk bekerja malah ada yang dijual kepada sindiket lain.

"Negara-negara terlibat merupakan ahli dalam ASEAN, kalau kita boleh ada hubungan perdagangan kenapa tak boleh ada hubungan keselamatan?

"Pada MHO, apa yang dilakukan kerajaan hanya menggunakan saluran biasa tidak memadai kerana sindiket ini dilindungi pihak berkuasa negara masing-masing," katanya.

Dalam pada itu Hishamuddin memberitahu, pihak sindiket meminta bayaran sekitar RM70,000 hingga RM100,000 sebagai syarat untuk melepaskan mangsa.

"Ada badan bukan kerajaan (NGO) yang dihantar untuk berunding tetapi rundingan itu membuka kepada yuran tebusan. Mangsa yang pergi bekerja ini kebanyakannya orang miskin dan tidak mampu bayar RM70,000 ke RM100,000 ini," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, MHO akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Luar Negara dan kedutaan negara-negara terlibat dalam usaha menyelesaikan masalah ini.

"Kita akan ke setiap kedutaan termasuk Laos, Myanmar, Kemboja dan kita akan bawa wakil NGO untuk menyatakan bantahan ini minggu hadapan.

"Kita akan hantar memorandum kepada Perdana Menteri untuk gunakan platform ASEAN untuk tamatkan sindiket ini,"ujar beliau. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...