Skip to main content

Video: Gajah Mengamuk Pijak Kereta Perodua Axia Di (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa


GERIK - Lima individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak gajah yang mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon.

Berdasarkan maklumat dan video dikongsi pengguna jalan raya di Facebook, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan dan tersadai di bahu jalan dengan seekor gajah besar berada di bahagian tepi sebelah pemandu sementara seekor lagi pada jarak satu kilometer.

Kejadian menakutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, kira-kira jam 7 malam tadi.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menjalankan pemantauan ketat di laluan Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli susulan kejadian itu.

Bagaimanapun hanya membabitkan kerosakan pada kenderaan dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Kenderaan itu dikatakan menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

"Sebaik menerima laporan, anggota kita ditugaskan ke sana untuk menghalau gajah berkenaan. Pemantauan telah dilakukan di sekitar kawasan itu sehingga ke hari ini," katanya.

Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon.

Kereta belakang hon, gajah bangun mengamuk pijak bonet kereta, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta.

Menurutnya, kawasan itu menjadi habitat gajah dan kejadian kemungkinan berlaku ketika haiwan terbabit melintas jalan.

Nasihat untuk orang ramai yang terserempak dengan kumpulan gajah supaya tidak melakukan provokasi yang boleh menyebabkan gajah berasa terancam dengan tidak memasang lampu tinggi atau membunyikan hon.

Paling penting sekiranya berdepan situasi sebegini agar terus kekal bertenang dan tidak cepat panik," katanya.

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain untuk berpatah balik dan berhenti di Hentian (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

Kejadian turut menyebabkan banyak kenderaan berpatah balik ke hentian Titiwangsa sementara selebihnya berhenti di tepi jalan.

"Jangan bunyikan hon atau paling penting jangan cuba menghalau gajah.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut