Powered by Blogger.

Sunday, April 19, 2020

Video: Nyanyian Petugas Barisan Hadapan Bersama Pesakit Covid-19 Tular 😭😭

SHAH ALAM - Perkongsian video daripada seorang pengguna Facebook dikenali Deafarra Farhana yang memaparkan petugas barisan hadapan dan pesakit koronavirus (Covid-19) di pusat kuarantin Kuala Lumpur menyanyikan lagu Doa Wira Negara mengundang sebak.

“ALLAH, sungguh kami terharu adik-adik. Sampai mengalir air mata.

“Semoga adik-adik ini sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH. Semoga petugas barisan hadapan juga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini,” tulis Deafarra.

Video tersebut memaparkan petugas barisan hadapan dan pesakit Covid-19 menyanyi beramai-ramai di luar koridor bangunan sambil menggerakkan cahaya telefon masing-masing ke udara.

Pengguna Facebook bernama Izzatul Fathihah Mohd Yusof berkata, "Meremang bulu roma, sedih."

“Sedihnya..,” kata Mamas Mika.

Video tersebut memperoleh lebih 27,000 tontonan, 2,300 tanda suka dan 1,300 perkongsian semula. - Sinar Harian