Menerusi kemas kini di laman rasmi Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memberi fokus di kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah dan Kampung Paya Jaras.
Menurutnya, seramai 40 lelaki dan 14 wanita ditahan dalam operasi berkenaan.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Pelong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sg Buloh," katanya.
Difahamkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Deputi Superitenden Zainudin Abdul Hamid mengetuai operasi terbabit.
MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, semua individu yang ditahan akan dikenakan tindakan kompaun mengikut Akta 171 Seksyen 109.
Penduduk Shah Alam turut dinasihatkan agar dapat kekal berada di rumah masing-masing dan dan mematuhi arahan PKP. - Sinar Harian