Skip to main content

Lelaki Mabuk Rempuh Sekatan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 0.3 Lebuh Raya SPRINT menghala ke Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, tiada anggota polis atau tentera yang bertugas di lokasi SJR itu cedera.

“Ketika kejadian, suspek yang berusia 33 tahun memandu sebuah Nissan Almera secara melulu merempuh SJR di lokasi menyebabkan beberapa peralatan SJR rosak, namun semua anggota yang bertugas terselamat.

“Suspek berjaya ditangkap dan ujian pernafasan alkohol kemudian dijalankan ke atasnya oleh anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, hasil ujian pernafasan mendapati jumlah kandungan alkohol dalam tubuhnya melebihi had yang dibenarkan.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seramai 12 individu lain turut ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah Petaling Jaya dalam tempoh 24 jam sehingga tengah malam tadi termasuk empat lelaki warga asing.

Kata Nik Ezanee, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.2) 2020. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut