Powered by Blogger.

Thursday, April 9, 2020

Isu Covid-19, Jerman Dan Belanda Benarkan Laungan Azan Guna Pembesar Suara

BERLIN - Hampir 100 masjid di Jerman dan Belanda dibenarkan melaungkan azan sebagai tanda solidariti bagi menyuntik semangat umat Islam melawan wabak koronavirus (Covid-19).

Wakil DITIB di Essen (Jerman), Fahrettin Alptekin memberitahu, lebih daripada 50 buah masjid melaungkan azan pada Jumaat lalu, lapor Islam21C.

Alptekin berkata, di Jerman sebelum ini azan menggunakan pembesar suara sahaja kecuali untuk majlis khas.

Sementara itu, Belanda lebih banyak azan dilaungkan menerusi pembesar suara untuk menunjukkan solidariti.

Menerusi laporan itu, penduduk Islam dan Kristian juga bersatu hati untuk gerakan solidariti itu bagi menguatkan kembali semangat rakyat yang kini sedang berada dalam tempoh perintah berkurung.

Jerman antara negara melonjak jumlah sebanyak 3,677 menjadikan angka keseluruhan 95,391 kes manakala korban kepada 1,434 kes lapor agensi Spurnik.

Pada tahun 2018 mahkamah tempatan di Jerman mengeluarkan arahan tiada lagi laungan azan menggunakan pembesar suara ketika solat Jumaat selepas sepasang suami isteri yang bertindak memfailkan saman.

Arahan serta merta itu menyebabkan masjid tersebut tidak akan lagi dapat melaungan azan ketika solat Jumaat dengan menggunakan pembesar suara.

Sentimen dan sokongan anti-Islam untuk dasar anti-imigrasi berkembang di banyak tempat di Jerman setelah kemasukan lebih dari sejuta pendatang dari Iraq, Syria dan negara-negara Islam yang kebanyakannya beragama Islam sejak tahun 2015.