Skip to main content

Haiwan Peliharaan Individu Positif COVID-19 Perlu Dikuarantin

KUALA LUMPUR: Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan.

Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar) dan penyelidik penyakit haiwan kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal berkata sekiranya haiwan tersebut menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh itu, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE).

"Dua kes jangkitan COVID-19 melibatkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing telah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong dengan berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

"Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Dr Farina berkata setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil dan tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

"Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah.

"Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19.

"Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda, anda perlu memakai penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makanan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan terbabit," katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi, namun menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

"Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet.

"Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan koronavirus," jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia.

"Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan, namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai koronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, koronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan.

Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

"Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

"Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia," katanya.

Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisis jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar, namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. - BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...