Skip to main content

Ibu Disahkan Positif Covid-19 Lahirkan Bayi Sihat

LIMA: Dua wanita hamil yang disahkan positif Covid-19 melahirkan bayi sihat yang negatif virus itu, kata sebuah hospital di ibu negara Lima pada Selasa.

Bayi pertama dilahirkan pada 27 Mac dan kedua pada 31 Mac lalu, kedua-duanya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean atas nasihat doktor untuk mengelakkan komplikasi, lapor Hospital Rebagliati di Lima.

“Nasib baik tiada jangkitan daripada ibu kepada bayi baru lahir,” kata Carlos Albretch, doktor di unit keluarga hospital itu yang dikendalikan Essalud, institusi insurans kesihatan sosial milik kerajaan.

Beliau berkata, kedua-dua ibu itu dalam keadaan baik dan masih menerima rawatan koronavirus.

Pakar perubatan di Wuhan, China, menyuarakan kebimbangan pada awal Februari lalu mengenai kemungkinan jangkitan virus itu daripada ibu kepada janin, selepas sekurang-kurangnya 1 kes bayi dilahirkan dengan gejala berkenaan.

Bagaimanapun, satu kajian ke atas 9 wanita hamil di China yang positif virus itu, yang diterbitkan Lancet pada pertengahan Februari lalu, menunjukkan “belum ada bukti boleh dipercayai untuk menyokong kemungkinan jangkitan Covid-19 daripada ibu kepada bayi”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan berkata, ibu yang disahkan positif virus itu harus digalakkan menjaga dan menyusukan bayi baru lahir seperti biasa, dengan syarat mengekalkan kebersihan yang ketat.

Albretch berkata, ibu terbabit perlu disokong untuk kekal bersama bayi mereka.

“Ini adalah pandemik baru, kita tiada pengalaman,” katanya.

“China dan Itali mempunyai beberapa penerbitan yang mencadangkan penyusuan ibu. Jangkitan virus melalui susu ibu tidak dilaporkan.”

Beliau berkata, bagi wanita yang mempunyai gejala teruk Covid-19, bimbingan mungkin berbeza.

“Dalam kes ini, bayi baru lahir harus dipisahkan daripada ibu.”

Hospital Rebagliati dalam satu kenyataan berkata, ia sudah melakukan ujian saringan ke-2 ke atas bayi baru lahir dan sedang menunggu keputusannya.

Peru setakat ini mencatat 2,954 kes positif Covid-19 dengan 107 kematian dan 1,301 pesakit pulih sepenuhnya. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...