Trailer: Sambungan Train to Busan Ditayangkan Selepas Selesai Covid-19

Pastinya peminat filem seram dan suspen sudah menonton filem Korea, Train to Busan.

Dan bagi mereka yang ternanti-nanti sekuel filem ini sudah tentu gembira kerana akhirnya trailer sekuel Train to Busan: Peninsula ditayangkan kepada umum.

Menerusi trailer yang baru sahaja dikongsi, anda akan dapat lihat keadaan mereka yang terselamat 4 tahun lalu ketika kejadian zombi menyerang Korea Selatan.

Ia juga memaparkan bagaimana mereka yang terselamat bertahan untuk hidup dengan dikelilingi zombie yang masih berkeliaran.

Pastinya dalam filem sekuel ini anda akan dapat lihat lebih banyak aksi dan “survival skill” serta mungkin akan bermain dengan emosi anda.

Dijangkakan filem ini ditayangkan tahun ini, dan diharapkan ketika penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia berakhir. - Free Malaysia Today