Skip to main content

Kisah Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Hidap Leukemia Dan Disahkan Positif Koronavirus 😭😭

KOTA BHARU - Kisah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menghidap leukemia dan disahkan positif koronavirus (Covid-19) meruntun jiwa netizen.

Kisah pilu itu dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Fareez Kezam sebelum tular di laman sosial.

Menurutnya, kanak-kanak bernama Fateh Aqil Nazmee yang juga adalah pesakit termuda Covid-19 itu merupakan anak sahabatnya.

"Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga dua lagi anak kecil yang lain.

“Ujian ketiga datang, anak ditahan di wad selama sebulan. Siapa nak jaga dua lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis saya terbayangkan keperitan yang dihadapi,” tulisnya di Facebook.

Bapa kanak-kanak itu, Nazmee dikatakan tidak mempunyai sebarang pendapatan selama tiga bulan dan hanya mampu mengharapkan belas ihsan daripada keluarganya.

“Dan kini, ujian paling getir. Anaknya disahkan positif covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Saya tanya macam mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah kerana kanser," kongsi Fareez lagi.

Adik Fateh kini dikuarantin bersama ibunya sementara dua orang lagi anaknya dijaga oleh Nazmee di rumah.

Fareez pada masa yang sama juga menyeru sahabat-sahabat yang mengenali mereka untuk membantu menghulurkan bantuan kepada Nazmee. - Sinar Harian

Bantuan boleh dibuat terus kepada -

ALUMNI SMKA FALAHIAH
03018010104477
BANK ISLAM

+60 10-306 7566 HANAFI ADNAN (S/U ALUMNI)
+60 17-965 0328 SHARIB

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...