Powered by Blogger.

Saturday, March 14, 2020

Covid-19: Langkah Berjaga-Jaga, Patung Dewa Dipakaikan Topeng Muka

Varanasi Temple Priest Puts Mask on Deity to Prevent Spread of Coronavirus
NEW DELHI - Rumah ibadat tidak terkecuali berdepan ancaman koronavirus (Covid-19) yang kini telah menular di lebih 120 negara dan menjangkiti lebih 134,300 individu serta menyebabkan lebih 5,000 kematian.

Sebagai langkah berjaga-jaga, seorang sami di India bertindak memakaikan topeng muka pada patung dewa untuk mengelakkan orang ramai daripada menyentuhnya.

"Covid-19 kini sedang merebak ke seluruh negara. Oleh itu, kami perlu berbuat demikian pada patung Dewa Vishwanath untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya virus tersebut," kata sami Krishna Anand Pandey di kuil yang terletak di Varanasi, Uttar Pradesh.

Dia turut menggesa pengunjung supaya tidak menyentuh patung tersebut untuk mencegah penularan virus terbabit.

"Lebih ramai orang akan dijangkiti jika ada orang yang berdegil untuk mematuhi arahan ini," tegasnya. - Sinar Harian