Skip to main content

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, Tampar Pengawal Keselamatan Lelaki Ini Masuk Penjara

Lelaki dihukum penjara kerana menampar pengawal keselamatan, ingkar PKP
AYER KEROH: Padah menampar pengawal keselamatan selepas tidak berpuas hati dengan waktu operasi sebuah pasar raya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, seorang penganggur terpaksa meringkuk selama enam bulan di penjara.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh selepas tertuduh, Mohamad Shaiful Bahari Mohamad, 33 tahun membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Dayang Azura Sufri, 34 tahun dengan cara menampar di pipi kiri sehingga lebam.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua di bawah peraturan 3 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 pula, tertuduh didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan had waktu yang diberikan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah pasar raya di Jalan Panglima Awang, Melaka sekitar jam 7.05 petang Rabu.

Menurut fakta kes, tertuduh cuba untuk memasuki bangunan pasar raya berkenaan selepas tempoh waktu pengoperasian dengan alasan untuk membeli air.

Pengawal wanita berkenaan bagaimanapun cuba menerangkan waktu operasi pasar raya itu adalah dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja.

Namun tertuduh enggan mematuhi arahan dan bertindak agresif dengan menampar pipi kiri pengawal keselamatan itu sebelum mengejarnya dengan memasuki kawasan pasar raya itu.

Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat tentang kepentingan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam membendung pandemik COVID-19.

Majistret Mohamad Izwan ketika menjatuhkan hukuman itu turut menegaskan masyarakat harus serius mematuhi arahan dari semasa ke semasa bagi mengekang COVID-19 daripada terus menjangkiti rakyat di negara ini.

Beliau kemudian memutuskan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama manakala tiga bulan bagi pertuduhan kedua dan berjalan serentak bermula tarikh ditangkap. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...