Skip to main content

Rakyat Kelantan 'Degil', Polis Akan Buat Sekatan Besar-Besaran -

Masuk hari kelapan perintah kawalan pergerakan menyaksikan jumlah pergerakan kenderaan di sekitar jalan raya utama di negeri Kelantan kembali meningkat.

Tinjauan Malaysiakini mendapati, banyak kenderaan khususnya orang awam masih berdegil dan tidak akur dengan perintah tersebut dengan pelbagai alasan.

Antara alasan paling kerap diberikan adalah untuk keluar ke pasar raya atau kedai-kedai untuk membeli barang keperluan, mengambil duit di bank dan membayar bil utiliti.

Selain itu, faktor penerimaan gaji bulanan juga menyebabkan orang ramai mengambil peluang untuk keluar membeli barangan keperluan harian.

Seorang kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Ismail, 40, berkata, dia mengambil peluang untuk keluar rumah hari ini untuk membeli barang keperluan harian selepas seminggu berada di rumah.

"Macam saya tiada pilihan, terpaksa keluar kebetulan hari gaji. Terpaksalah keluar beli barang keperluan.

"Stok makanan pun dah habis, keperluan anak-anak berkurang. Terpaksalah keluar ke pasar raya," katanya.

Sebagai rekod perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac dan terbaru akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, jalan utama yang sibuk dengan kenderaan awam di sekitar Kota Bharu, hari ini, antaranya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Jalan Telipot, Jalan Lembah Sireh dan sekitar Kubang Kerian.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengakui belum berpuas hati dengan tahap kepatuhan orang awam khususnya di kawasan bandar Kota Bharu.

Katanya, melihat kepada jumlah kenderaan yang masih banyak sehingga hari ini menunjukkan seolah-olah sekatan yang dilakukan pihak polis tidak memberi kesan kepada masyarakat.

"Justeru, berkuat kuasa hari ini, kita mengambil pendekatan lebih tegas terutama di Kota Bharu iaitu hanya membenarkan mereka yang mempunyai urusan betul-betul penting sahaja termasuk yang bekerja dibenarkan masuk ke bandar.

"Mereka yang menggunakan alasan tidak konkrit termasuk hanya keluar untuk membayar bil elektrik, akan diminta pulang semula.

"Kita akui tindakan yang diambil akan mendatangkan kemarahan di kalangan masyarakat, namun kami terpaksa melakukannya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di sekatan jalan raya, di Kota Bharu, hari ini.

Sehubungan itu tegasnya, pihak polis merayu orang ramai benar-benar akur kepada perintah kawalan pergerakan.

"Satu Malaysia sedia maklum, kena ingat PKP supaya tiada pergerakan kecuali mereka yang bertugas dan ada keperluan penting. Yang tak perlu pergerakan duduklah di rumah, tak perlu bercampur dengan sesiapa.

"Ini adalah perintah, saya minta semua orang akur," ujar. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...