Skip to main content

Luahan Hati Arwah Isteri Doktor Mangsa Yang Kesembilan Meninggal Dunia

Saya rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan kebenaran ini..

"Salam semua

Saya adalah isteri kepada pesakit positif covid 19 yang merupakan staf Hospital Tuanku Fauziah. Saya sentiasa bersama beliau sepanjang masa.

Untuk makluman, suami saya sudah memaklumkan sejarah perjalanan ke turki kepada pegawai yang terlibat dan kami telah menerima penjelasan yang baik daripada kakitangan HTF.

Oleh kerana turki bukan negara yang diletak sebagai berisiko ketika itu (kes positif 0 ketika kami pulang ke tanah air), suami saya tidak diconsider sebagai PUI. Kami telah dimasukkan ke ward kelas pertama atas kelayakkan suami saya.

Pada keesokkan harinya, chest X.Ray telah dibuat dan mendapati bahawa ia adalah "atypical pneumonia". Unlikely jangkitan Covid 19. Suami telah diberi antibiotik.

Namun pada malam itu, lebih kurang 7pm oksigen di dalam darah suami menurun ke 92% dan dia mula rasa sesak nafas. 

Pakar telah menelefon kami dan suami dimasukkan ke wad isolasi pada 10 malam. Sampel Covid 19 diambil pada malam itu juga. Pada keesokkan harinya, keputusan balik sebagai positif.

Suami diberi ubat antiviral dan bantuan oxygen. Untuk mengelakkan keadaan semakin buruk pakar bercadang untuk electively intubate suami.

Sekarang beliau dibantu pernafasannya. Keadaan beliau adalah critical but stable.

Saya redha dengan ketentuan ilahi. Saya berterima kasih kepada staf HTF terutama sekali Pakar ID HTF, staf Jabatan Perubatan, staf wad kelas 1, staf wad 10, staf Jabatan Bius dan staf Jabatan Kecemasan yang sudi melayan kami dan menjaga kami.

Kami tahu banyak viral kenyataan dan tohmahan yang tidak baik kepada kami sekeluarga. Saya berdoa mereka diberi hidayah dan diberi petunjuk. Saya sudi memaafkan mereka.

Saya berharap kenyataan di atas dapat membantu menjawab persoalan yang berlegar dilaman sosial sekarang. Dan akhir sekali, doakan suami saya dengan kesembuhan dan ampunkanlah dosa beliau."

Isteri Staf HTF Covid Positif

Untuk pengetahuan umum, suami beliau merupakan seorang Doktor, mangsa kesembilan meninggal dunia pagi tadi.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...