Skip to main content

Tular Video Jurunikah Nikahkan Pengantin Didepan Rumah Dengan Jarak 1 Meter.

SHAH ALAM - Tular video yang memaparkan seorang jurunikah menikahkan pasangan pengantin di sebuah rumah dengan berdiri dengan jarak satu meter.

Video berdurasi 1minit 15 saat yang dimuat naik di laman sosial itu menunjukkan pengantin lelaki dan perempuan lengkap berpakaian sedondon serba putih bersama beberapa individu berada di luar pagar dipercayai rumah jurunikah.

Jurunikah dilihat memulakan majlis dengan lafaz akad nikah sebelum pengantin melafazkan terima (ijab) nikah disusuli perkataan sah daripada saksi yang hadir.

Pengantin lelaki juga mengekalkan jarak satu meter untuk bacaan taklik kepada pasangannya.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini bagi mengekang penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, video yang menjadi bualan hangat netizen itu tidak dapat dipastikan lokasi majlis tersebut berlangsung tetapi mereka mendoakan mempelai bahagia hingga ke jannah.

Kata Zulaiha Roslee di Facebook miliknya, "Tahniah kepada pasangan pengantin. Selamat pengantin baharu semoga berkekalan hingga akhir hayat. Dan tahniah juga mematuhi arahan kerajaan. Nikah, nikah juga. Jarak satu meter kena jaga."

Tambah Norzam pula, "Alhamdulillah, buat yang wajib."

Ujar Sharayu sidek, "Bab jarak dah ok, yang tok kadi siap duduk dalam pagar tak tahan. Memori manis yang paling unik!." - Sinar Harian
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut