Skip to main content

Orang Ramai Berpusu-Pusu Di Balai Polis, IGP Tangguh Arahan Perlu Kelulusan Ke Negeri Lain

Malaysiakini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangguhkan arahan untuk orang ramai mendapatkan kelulusan polis bagi keluar ke negeri lain, susulan perintah kawalan pergerakan.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan lewat malam ini, berkata keputusan itu dibuat selepas orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi dokumen pelepasan di balai polis di seluruh negara.

"Memandangkan orang awam berpendapat bahawa mereka boleh melakukan pergerakan jika mereka mendapat kelulusan dari pihak polis, maka berlakulah kesesakan yang serius di balai-balai dan juga perhentian bas.

"Sedangkan hanya mereka yang layak diberi pengecualian sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk diberi kebenaran melakukan pergerakan rentas negeri," katanya.

"Sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah ini, maka keperluan untuk mendapatkan pengecualian di bawah perintah kawalan pergerakan ini ditangguhkan buat sementara waktu bagi menyelesaikan kesesakan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak terbabit," katanya.

Hamid sebelum itu berkata pengecualian itu hanya diberikan kepada mereka yang terpaksa melakukan pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab berikut:

1. Kematian ahli keluarga terdekat.

2. Sakit tenat ahli keluarga.

3. Rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga.

4. Lain-lain perkara di atas budi bicara ketua polis balai.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam (18 Mac) hingga 31 Mac.

Perintah itu bertujuan membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Walaupun perintah itu bertujuan menyekat pergerakan, beratus-ratus rakyat Malaysia dilihat beratur di luar balai polis malam ini untuk mendapatkan kebenaran bagi pulang ke kampung halaman mereka. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...