Skip to main content

Astro Bagi Akses Percuma Kepada Semua Saluran Filem

Hasil carian imej untuk Astro belanja akses percuma kepada semua saluran filem
KUALA LUMPUR: BERITA BAIK UNTUK SEMUA PELANGGAN ASTRO!

Memandangkan esok bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin memburuk, Astro membuka akses percuma kepada semua saluran filem untuk para pelanggannya.

Akses dibuka bermula jam 6 pagi 18 Mac 2020 kepada saluran merangkumi HBO, FOX Movies, Celestial Movies, tvN Movies, BollyOne dan banyak lagi. Malah, peminat filem dapat menikmati musim baharu siri ‘Westworld’ di HBO, filem-filem ‘blockbuster’ seperti ‘Avengers: End Game’ di Fox Movies, filem terbaik Anugerah Academy 2020, ‘Parasite’ di tvN Movies dan pelbagai lagi.

Ini senarai saluran yang boleh diakses secara percuma bermula esok sehingga 31 Mac 2020 termasuk:

- BOO
- HBO
- Cinemax
- FOX Movies
- FOX Family Movies
- FOX Action Movies
- tvN Movies
- Celestial Movies
- Astro Citra
- Tayangan Hebat
- Thangathirai
- BollyOne
- HITS Movies
- Celestial Classic Movies

Semuanya boleh ditonton di platform Astro juga di mana-mana sahaja pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Apple Store dan Google Play. Anda juga boleh mengakses Astro GO di laman web astrogo.astro.com.my.

Sementara buat pelanggan NJOI pula, kalian mendapat akses percuma kepada dua saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

Selamat menonton!

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut