Skip to main content

Selepas Azalina, Tajuddin Pulak Tidak Puas Hati Kabinet Muhyiddin

Hasil carian imej untuk Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berpandangan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'orang nombor dua negara' merupakan langkah meneruskan agenda kelangsungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tajuddin berkata, beliau melihat pelantikan itu satu isyarat yang tidak bagus dan UMNO tidak selesa mengenai perkara tersebut.

"Kita sebagai parti politik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri, kita tidak mahu keterbelakang dan akan menjadi sebuah parti yang kecil.

"Parti yang tidak berperanan. Kita masuk politik sebab kita nak berperanan untuk bantu rakyat berkhidmat kepada rakyat. Sebab itu kami mahu jadi kerajaan," katanya kepada media ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.

Berhubung perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO berkenaan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau menyuarakan pandangan mengenai agihan jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada UMNO.

Menurutnya, jawatan dalam Kabinet diterima pemimpin UMNO tidak boleh membantu rakyat malah menjejaskan kedudukan parti itu.

"Pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dia orang pegang. Luar bandar (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) dia orang pegang.

"Macam pertahanan (Kementerian Pertahanan), jaga keselamatan sajalah (dipegang UMNO). Apa yang boleh kita bantu rakyat di kampung, petani, nelayan dan sebagainya?

"Jadi tidak ada keseimbangan dari segi portfolio yang diberikan kepada UMNO, ini menjejaskan kedudukan UMNO dalam politik negara," katanya.

Ketika ditanya reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara yang disuarakan itu, Tajuddin berkata, presiden parti dan ahli MT lain hanya berdiam.

Bagaimanapun Tajuddin yakin Ahmad Zahid mengambil maklum apa yang beliau perkatakan.

"Bersatu walaupun kita sudah jadi kerajaan tapi Bersatu bukan parti kita. Sekarang kita bekerjasama dalam satu kerajaan yang dibentuk.

"Dalam politik kita masih lagi merupakan pesaing kepada dia. UMNO itu Bersatu dan Bersatu itu UMNO. Jadi ini melibatkan kepentingan politik antara dua parti ini dan mungkin juga berbeza.

"Bersatu nak kuatkan parti mereka dan ada agenda mereka sendiri, jadi UMNO kena ada agenda sendiri. Kalau tidak kukuhkan parti kita, datang PRU kita mungkin akan kalah," katanya.

Beliau berkata, rakyat kini menyokong Muafakat Nasional dengan harapan UMNO dan Pas bersama-sama memperjuangkan kepentingan Melayu serta Islam. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...